Videos

Animasi UMMU WARAQAH SANG IMAM PEREMPUAN (with English subtitle

Animasi UMMU WARAQAH SANG IMAM PEREMPUAN

Kenapa saya buat animasi IMAM WANITA ini?
 
Saya buat video animasi mengenai isu wanita boleh jadi imam sembahyang untuk lelaki ini hanyalah untuk tunjukkan bahawa isu ini telah lama – beratus atau dalam seribu tahun dulu telah pun dibincangkan di kalangan ulama2 besar Islam. Maka, ia bukanlah isu baru, isu asing – atau ‘agenda Barat’ atau ‘agenda golongan liberal’.
 
Malahan, idea atau konsep perempuan boleh jadi imam sembahyang untuk lelaki itu telah pun diterima oleh beberapa ulama besar dalam sejarah Islam.
 
Ramai orang Islam, termasuklah atau terutamanya agamawan2, macam nak kiamat menentang dan mengutuk sakan bila ada wanita imamkan solat yang makmumnya termasuk orang laki-laki.
 
Kemarahan mereka itu seperti isu imam wanita ini adalah isu AKIDAH yang boleh menyesatkan iman orang2 Islam.
 
Mereka juga selagi boleh, mahu membenam atau menghapuskan sebarang hujah atau perdebatan yang tidak berpihak atau selari dengan pendapat mereka, dengan cara mahu censor atau ban tulisan2 yang membolehkan imam wanita.
 
PADAHAL, DALAM SERIBU TAHUN DULU LAGI PUN, SUDAH BANYAK PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN TENTANG ISU IMAM WANITA INI DI KALANGAN ULAMA-ULAMA BESAR DALAM SEJARAH ISLAM SENDIRI.
 
Maknanya, ulama-ulama klasik, atau ulama-ulama silam jauh lebih terbuka dan dinamik pemikiran dan jiwanya berbanding ramai agamawan di zaman millenium ini.
 
Yang mendukung atau yang membolehkan wanita jadi imam untuk lelaki juga, bukanlah ustaz-ustaz kecil atau yang tak habis mengaji lagi. Tapi yang kata wanita boleh jadi imam untuk lelaki adalah ULAMA-ULAMA BESAR ATAU ULAMA-ULAMA AGUNG seperti Imam Al-Tabari, Imam Al-Muzani, Imam Al-Dhahabi dan Abu Thaur.
 
Ada agamawan masakini yang nak ngutuk ulama2 besar itu SUPER LIBERAL pengaruh baratkah?
 
Bukankah menarik dan hebat sekali ada ulama-ulama Islam beratus atau dalam seribu tahun dahulu boleh memikirkan, membincangkan dan malah bersetuju dengan KONSEP perempuan boleh jadi imam sembahyang untuk lelaki?
 
Yang menarik juga adalah pendapat-pendapat mereka juga dicatat dan dibukukan – maknanya tidak di censor, di ban atau dihilangkan dari catatan wacana Islam.
 
Ulama-ulama yang tidak bersetuju juga tidak akan mencaci maki ulama-ulama yang bersetuju wanita jadi imam lelaki. Mereka akur pada tradisi hak untuk berbeza pendapat.
 
Maka, ulama yang tidak bersetuju tidak akan mengikuti pendapat dan tidak akan mengamalkan cara ulama yang tidak mereka setujui. Namun, mereka tidak akan menyekat atau menghalang pandangan dan amalan ulama atau pengikut2 ulama yang berbeza dengan mereka itu.
 
Spirit atau sikap sedemikianlah yang semakin pupus di kalangan ramai agamawan masakini. Ramai yang bila tak suka atau tidak setuju saja, terus nak gunakan kuasa atau pengaruh mereka untuk menghapuskan pandangan yang mereka tidak setujui itu dengan cara censor, ban atau malah suruh tangkap pihak2 yang berbeza dengan mereka.