ABOUT

Nama penuh saya ialah Norhayati Kaprawi, tapi boleh panggil Yati saja.  Sesetangah orang ingat kita harus buat atau fokus pada satu bidang saja.  Pada saya, tidak semestinya.  Ia kerana sebenarnya,  kita manusia ni punya banyak kebolehan dan bakat.  Kita juga meminati banyak perkara.   Pemikiran dan daya kreativiti kita sebagai manusia juga sangatlah luas. – cuma kita sendiri yang suka membataskannya.  Tidak perlu mengkotakkan pemikiran dan bakat kita sendiri.  Jadi, asalkan kita minat dan nak berusaha, boleh saja menceburi banyak bidang  dan buat pelbagai perkara.   Walaupun bidang-bidang yang kita minati itu seperti berbeza, tetapi percayalah – sebenarnya kesemua bidang itu saling berkait dan ada hubungannya.  Maka di website ini, saya ingin kongsikan ilmu, maklumat atau info, hasil kerja saya sama ada dalam bidang penulisan, filem/video ataupun karya seni seperti lukisan, katun, animasi dsb.  Jika sudi, berilah feedback atau komen anda,

My full name is Norhayati Kaprawi, but you can call me Yati. I believe that we human beings have many interests and talents, so it is alright to explore whatever we’re interested in. It doesn’t matter if the field of each interest does not seem to be related to each other – but believe me, actually it does. Life is a journey they say… So here I am, sharing with you in my website, my thoughts and my works – film making, painting, writing…