SUNNAH NABI : RASULULLAH S.A.W TELAH MONOGAMI SELAMA 28 TAHUN DAN JUGA PERNAH LARANG POLIGAMI
Orang-orang agama selalu menyeru ikut sunnah Nabi. Terutama dalam bab poligami, agamawan yang suka galakkan poligami dan para lelaki yang nak berpoligami , akan asyiklah menyebut tentang sunnah Nabi.
Namun, SUNNAH NABI BUKANLAH POLIGAMI saja.
– Sunnah Nabi juga adalah : RASULULLAH S.A.W amalkan MONOGAMI atau hanya BERISTERI SATU SELAMA 28 TAHUN, iaitu SELAMA ISTERI PERTAMA baginda, yakni Siti Khadijah r.a. MASIH HIDUP.
– Sunnah Nabi ialah baginda tidak menceraikan isteri pertama dan tidak pernah menyakiti hati atau menganiaya isteri pertama. Malahan Rasulullah s.a.w begitu mencintai isteri pertama baginda dengan sepenuh jiwa raga baginda, dengan sentiasa mengingati dan memuji-muji isteri pertamanya hingga ke akhir hayat baginda.
– Sunnah Nabi menunjukkan baginda menduda atau tidak terus tergesa-gesa kahwin lagi, selama lebihkurang 2 tahun selepas isteri pertama baginda, yakni Sayiditina Khadijah r.a. wafat.
– Sunnah Nabi : Hidup berMONOGAMI selama 28 TAHUN, manakala hidup berPOLIGAMI CUMA 8 TAHUN.
– Sunnah Nabi : Kesemua isteri-isteri baginda adalah janda termasuk yang ramai anak atau yang sudah tua, kecuali Sayiditina Aisyah r.a.
DAN
antara Sunnah Nabi s.a.w juga adalah :
Rasulullah s.a.w PERNAH MELARANG POLIGAMI .
Nabi s.a.w MELARANG Sayidina Ali dari berkahwin lagi atau dari menduakan puteri baginda, Fatimah r.a.
Larangan baginda itu malah dinyatakan dengan serius DARI ATAS MIMBAR, bukan sekadar cakap sambil lewa.
“Dari Miswar bin Makhramah, bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam berkhutbah di atas mimbar:
إن بني هشام بن المغيرة استأذنوني أن ينكحوا ابنتهم علي بن أبي طالب فلا آذن لهم، ثم لا آذن لهم ثم لا آذن لهم، إلا أن يحب ابن أبي طالب أن يطلق ابنتي وينكح ابنتهم. فإنما ابنتي بضعة مني، يريبني ما أرابها، ويؤذيني ما آذاها
“Sesungguhnya Hisyam bin Al Mughirah meminta izin kepadaku untuk menikahkan anak perempuan mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Namun aku tidak mengizinkannya, aku tidak mengizinkannya, aku tidak mengizinkannya. Kecuali jika ia menginginkan Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku baru menikahi putri mereka. Karena Fatimah adalah bahagian dariku. Apa-apa yang yang menyinggung perasaan Fatimah, menyinggung hati ku dan apa-apa yang menyakiti Fatimah, menyakitiberku jua.”
Ada yang beri alasan Nabi tak beri Sayidina Ali berpoligami sebab Ali nak kahwin dengan anak Abu Jahal.
Namun, bukankan Rasululullah s.a.w sendiri pernah berkahwin dengan anak Abu Sufyan sewaktu Abu Sufyan masih memusuhi Islam lagi?
Lagi pun sekiranya puteri Abu Jahal masuk Islam bila berkahwin dengan Ali, pastilah Nabi tidak akan mendiskriminasi puteri Abu Jahal itu. Ia kerana puteri Abu Jahal itu suci bersih setelah masuk Islam dan juga suci besih dari menanggung dosa ayahnya.
Prinsip ‘seseorang tidak menanggung dosa orang lain’ itu adalah antara prinsip basic dalam Islam.
Ramai saja musuh Islam yang anak-anak atau ahli keluarganya masuk Islam, dan kalau dah masuk Islam, mereka tidak dipertanggungjawabkan tentang tindakan bapa atau saudara mereka yang masih memusuhi Islam itu.
Malahan, kalau ikut cara atau tradisi Arab, perkahwinan itu malah menjadi suatu cara untuk merapatkan hubungan antara suku.
Jadi, kalau ikutkan cara Arab, baguslah kalau Ali kawin dengan anak musuh Islam sebab Al-Qu’an menyebut dalam surah Al-Mumtahanah (60:7) :
”Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
Maka, kalau ikut sunnah Nabi, Nabi MELARANG POLIGAMI dengan alasan BAHAWA PERKAHWINAN POLIGAMI ITU BOLEH MELUKAKAN HATI ISTERI (dalam hal ini, hati Fatimah r.a.)
Islam bukanlah agama yang sadis atau agama yang kiasu, yang tidak peduli langsung tentang perasaan manusia. Bila sebut perasaan, pihak berkuasa janganlah pulak yang jadi kiasu dengan sibuk nak dengar atau jaga perasaan orang yang ‘kuat’ atau yang punya kuasa dan kedudukan saja. Pihak berkuasa malah sepatutnya lebih mementingkan untuk mengambil kira perasaan orang yang di pihak yang lemah , samada dari segi kedudukan, kewangan ataupun kuasa. Dalam hal poligami ini – pastilah perasaan atau KENYATAAN DAN PENDIRIAN ISTERI kerana isteri dalam kedudukan yang lemah apabila suaminya mahu berpoligami.
Maka, adalah tanggungjawab pihak berkuasa untuk memperkasakan oran-orang yang lemah, dengan memastikan HAK-HAK orang-orang yang LEMAH dan TERPINGGIR itu terjaga dan TERJAMIN, untuk pastikan SUARA MEREKA DIDENGAR DAN DIAMBILKIRA dalam sebarang pembuatan keputusan.
Mana-mana pihak berkuasa yang gagal berbuat demikian adalah pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab yang hanya jadi penindas rakyat yang lemah.
Allah swt sendiri pun memberi peringatan pada para suami yang ada hati nak kahwin lagi bahawa ‘…jika kamu bimbang tidak akan dapat berbuat adil, maka satu saja….’ (Surah An-Nisa’ 4:3)